Uiiceeh..Tajuk cam best.. Kali nie,aku nak letak laa sikit info tentang watak2 gilo SuperJahat (Antagonis) dalam beberapa filem yang memang leh wat aku x boring. Pagi petang keja, balik malam xleh tido, bukak tv,tengok depa2 ni... Ni haa :
1 .Darth Vader mula muncul sebagai antagonis utama (watak jahat ) dalam Filem pertama Star Wars,yg pada mulanya merupakan protagonis ( watak baik ) utama dalam prequel seterusnya.. Darth Vader merupakan Anakin Skywalker,yg terpengaruh dengan 'lembah kegelapan'. Ayah kepada Luke & Leia Skywalker @ Leia Organa. Sanggup berkorban demi menyelamat anaknya,Luke,walaupun kejahatan dalam dirinya tetap ada. Aktor = Hayden Christensen
2. Joker merupakan penjahat Psikopat yang gemar ketawa atas kesengsaraan orang lain. Seorang penjahat yang pakar dalam muslihat dalam menjatuhkan semangat musuhnya,Batman.Mempunyai perwatakan badut selepas terjatuh ke dalam tangki kimia,sekaligus berubah rupa menjadi seorang Psikopat berambut hijau dan berwajah pucat.Joker atau Jack asalnya merupakan seorang penjenayah kelas bawahan dalam kumpulan mafia di Gotham City. Dicipta oleh Jerry Robinson dalam siri Batman. Aktor = Jack Nicholson/Heath Ledger
3. Davy Jones,Kapten kapal Flying Ducthman (sebuah kapal Hantu )merupakan antara makhluk yang digeruni oleh para pelaut mahupun lanun2,yang berlegar-legar di pentas lautan untuk mencari jiwa-jiwa manusia demi melangsungkan pelayarannya bersama anak2 kapalnya.Tugas asalnya ialah membawa jiwa2 manusia yang telah mati ke atas kapalnya untuk mengikuti bersama pelayarannya. Tugasnya termeterai bersama Dewi laut,Calypso,serta jatuh cinta kepadanya. Dengan pertemuan selama sedekad hanya sekali untuk bertemu dengan kekasihnya,Calypso tidak muncul.Pengkhianatan tersebut telah membuatkan Davy Jones berasa marah dan mengeluarkan jantungnya yang di letakkan didalam Peti Orang Mati,dan melupakan tugasnya,sebaliknya membeli jiwa2 pelaut2 sebagai penipuan kematian.Watak Jahat ini mula muncul dalam Filem Pirates Of Carribean : Dead Man Chest. Aktor = Bill Nighy
4. The Octopus ; Gila,berbahaya,kejam hanyalah perkara kecil dalam dirinya. Musuh kepada superhero The Spirit serta dalam filem tajuk yang sama,The Octopus merupakan penjenayah yang sukar diramal oleh Spirit,tidak seperti musuh2 nya yang lain. Mempunyai kuasa misteri dalam mematahkan serangan pihak lawan,The octopus merupakan watak penjahat yang unggul dalam penampilannya yang berbeza. Juga digelar sebagai Mr. O. Aktor = Samuel L Jackson
5. Magneto,antara watak antagonis paling hit dalam siri Marvel Comics/Film,X-Men,yang memperihalkan "Dunia Mutan". Magneto; Max Eisenhardt/ Erik Lanssher merupakan seorang mutan yang mempunyai kenangan silam yang sangat sadis ketika di waktu kecil. Digelar Magnus apabila kuasanya mula diketahui. Berketurunan Yahudi-Jerman,Magnus atau Magneto menjadi antara mangsa yang ditindas oleh tentera Nazi. Mempunyai kebolehan memanipulasi besi sewaktu zaman kecilnya,Magneto menaruh dendam terhadap seluruh umat manusia biasa yang dianggap "lemah" serta tidak layak untuk mentadbir sesebuah kerajaan ,yang dianggap hanya untuk golongan tersebut. Mempunyai agenda tersendiri,Magneto menjadi pemimpin mutan2 yang berdendam terhadap manusia,dalam misi untuk menakluk dunia. Aktor = Ian Mckellen
P/s : Nie baru sikit,banyak lagi,ada yang 18 SG punya watak,mafia la,org gilo la,yang memang gilo la katakan,nanti aku letak,ikut genre...maklumla,nama pun Jahat,cara 'kill' depa pun mesti jahat.. haha ..