BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, August 13, 2011

Lifehouse - Halfway Gone

I'm back : Mr.Brightside

Assalamualaikum! Haha.. lama dah kot gua x check ini blog,apa jdi pun  X perasan.. Tapi ,Alhamdulillah,gua d'pertemukan kmbali ngn 'ini' blog.. haha .. Story apa2 pun gua blum bersedia nk 'menyetory'-kan,tapi,apa pun for blog-walker,ini untuk 'pengenalan',check dis out.. =


Saturday, February 12, 2011

Tip-Tip Cover Malu Bila Jatuh

Adoii ~ .. Dah jatuh ,ditimpa eskalator (malu la tu), tula pepatah kata orang2 muda sekarang.. Huhu .. Ni ada beberapa tip untuk korang kasi taknak malu bila jatuh/nak tersadung kaki,baru la korang tak kena gelak/kutuk gile bangangnye dengan member,ntah2 makin gelabah lagi ada nak tolong .. Hua3

  1. Buat2 pengsan ,sambil mimik muka buat poyo gila bila dah baik punya landing
  2. Buat2 Cam korang jumpa duit RM 50 or benda lain,sambil cakap "gua jumpa duit limaploh la brader!"
  3. Buat2 kena sawan,sambil menyembur air liur korang dengan gamaknye punya banyak
  4. Buat2 kena histeria,sambil cakap yang korang kena saka tok nenek korang (berani,buat..haha)
  5. Buat2 push up @ tekan tubi,sambil menunjukkan reaksi korang ni 'kaki bersukan'.
  6. Buat2 la korang practice untuk acting stunt ,sambil cakap yang korang ada selection nak jadi pelakon lagak ngeri . Tambah lagi cakap " well,practice makes perfect lol" . Haha
  7. Korang buat2 tergolek sana-sini sambil pegang dada korang,baru la orang ingat korang ade penyakit jantung
  8. Buat2 la kaku sekejap,bila orang tanya,korang cakap la yang korang tengah spy someone,then orang tu nampak . Tu yang jatuh tu .
  9. Buat2 la korang nak elak daripada sesuatu,cam lebah or tebuan yang maha bisanya, yang tiba2 je nak sengat korang .
  10. Korang cakapla yang korang ni ade penyakit lutut longgar (kurang kalsium la tu), tu yang time jalan je,jatuh .
Selamat mencoba .. Ngih3
P/s : Takpe tipu,bukannya selalu... Hoho

Aiyaa!!

Hadoi,Result pulak....

Result dh nak kuar,keja,aku still X retired lagi .. Hoho .. Ntah berapa lak nak dapat ... After this,maybe berenggang pulak ngan ko ye blog? .. Hehe .. Maklumla,jarang berpeluang rapat dengan PC nie since aku dpat job .. Xpa,bila dah masuk dunia luar nie,makin banyak laa ceritera yang memang jadi isu dunia,masyarakat,maupun sekitar aku .. Aiseh,ko kalo cakap..haha .. Alahai... Masuk umur untuk taon nie,dah tua dah aku nie (rupanya?) Haha ... Ntah la pe nasib lepas nie noh?.. Tepuk dada,tanya menu malam nie .. :D

P/s : Kita merancang,Allah yang melaksanakan..

Tuesday, February 8, 2011

Mana Kompang?


Dengar pun dah tau,nie mesti ade relate ngan majlis kahwin . Jeng3 .... Tula,itu hari,nak ucapkan Selamat Pengantin Baru laa kat member aku ,Abg Sham,selaku striker team kami,Legend FC, & Kak Syifa,yang selamat diijab kabulkan pada awal bulan 2 tu hari .. Last2 nikah gak ye engkorang?.. Haha .. Pasni dah takleh nak gaduh2 dah fasal hal2 yang Masyallah punyer ciput (kecik) .. Haa,maknanya,you guys mestila bersabar & tenang dalam alam rumah tangga ni.. Cakap cam aku dah kahwin ..Hoho .. Pasni abg Sham ,ko pun mesti jarang turun padang noh..Haha.. Tapi tula,info cakap ( aku tak cakap),diorang ni dah lama berkawan,time zaman sekolah lagi .. Humangaih,masuk tahun ni,kat sepuluh tahun laa kenal .. Fullao,and bagi kami,selaku pihak team Legend FC nak mengucapkan,Selamat Pengantin Baru taiko,Abg Sham  & wife,moga kekal sampai akhir hayat .. Haa,pasni tournament apa2,mintak2 la izin Kak Syifa lu .. Ngoh3...

Kenyang ho

Ni dia pengantin,yang sebelah tu pengapit .. Haha

Saturday, February 5, 2011

Kalau la aku dapat.....

Kali ini,nak berkongsi jugakla tentang benda impian yang paling kita impikan. Tipu sangat la kalau kita ni hidup kat dunia ni tak teringin macam2... Bukan apa,sesuatu yang kita nak sangat2,tak mungkin dapat,betoi ark?..  Haha ... Cakap panjang pun tak guna,spesis orang macam aku ni minat benda yang semestinya la power,Cool,jadi tumpuan,& paling penting,benda ni boleh membawa faedah kat aku.. Of course la kereta, I mean,klasik punya... Hoho,tak terpikir beb,sebab boys yang sebaya dengan aku semuanya minat yang elegan,jadi tumpuan aweks2,& konfem yang laju gila.. Tula pasal,tapi 'on the road' yang aku pilih ialah 1967 Chevy Impala,tahun 1967 gak .. Memang lawa (bagi akula),sebab jenis ni klasik,sesuai untuk guys yang retro cam aku ni haa.. haha .. lengkap dengan enjin V8 327 4 Barrell,Chevy ni memang cool .. Berkelajuan Kuasa kuda 275bhp,Chevy ni mempunyai transmisi 3 auto spd .. Apa yang menarik ialah bodynya ,jenis Sedan .. walaupun kereta ni klasik,tapi mempunyai 5 tempat duduk, bolehla bawak anak bini.. Haha .. Sportrim pula jenis Cargar 330 Super Sport,tayar lak BF Goodrich,sebab masuk/kena dengan keunikan Chevy ni.. Dengar pun dah tau (bagi taste cam aku la),Chevy ni memang leh wat peminat kereta antik habis duit (fuyoo). haha .. Nak dapat memang susah,sebab ni hanya American's product ja,tak sesuai kat Malaysia.sebab.....bising! .. Kempunan laa aku.. Haha

Walaoweyh!!

Alahai...

Seorang ibu muda,Nina,mengeluh keadaan yang sering berlaku dalam kehidupan rumah tangganya,mengadu pada temannya,Melor


"Aku terpaksa minta cerai dari Laki aku."
"apasal?" tanya Melor
"Yelaa,tetiap malam laki aku keluar masuk pub,tak tahan laa camnie" Jawab Nina
"ooo,Laki kau kaki pub laa nie ?" Tanya lagi si Melor
"taklah,.... Die gi sana cari aku!"jawab Nina

She's dead...haha

P/s : Alahaii, engkorang laki bini.....

Friday, February 4, 2011

Kata-Kata Hikmat Hasan Al-Basri (Sahabat Rasulullah)

  1. Kambing itu lebih sedar dari manusia,kerana menurut kata2 gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis (bisikan) .
  2. Kawan2 yang jahat merosakkan orang beriman yang menuju ke jalan Allah.
  3. Mengumpul harta benda lebih buruk daripada perbuatan meminum arak yang dilarang oleh Kitab
  4. Sesiapa yang memencilkan dirinya akan terselamat. Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari hawa nafsunya akan merasai kebebasan. 
  5. Orang yang menggali dasar dunia ini dan di situ membina bangunan akhirat adalah orang yang bijaksana.
  6. Barangsiapa yang kenal Allah menganggap dunia ini sebagai musuhnya  dan siapa yang kasih akan dunia akan menjadi musuh Allah.
  7. Orang yang membuang amalan kerohanian dan menggantikan dengan bermurah hati kepada dunia,cuba menegakkan cara2 yang jahat,adalah orang yang rosak.
  8. Barangsiapa yang cinta kepada emas dan perak akan dihinakan oleh Allah. Swsiapa yang bermegah menganggap dirinya sebagai pemimpin masyarakat adalah sesat dan hina.


P/s :  Dunia ibarat penjara orang2 yg beriman,Akhirat penjara bagi orang2 yang kafir...                                  
        Nabil cakap ; "Lupikirla sendiri,Assalamualaikum" ..

Thursday, February 3, 2011

The Sign

1.

2.

3.
Keterangan gambar : Walaupun tahun lepas punya gambar,tapi memang buat aku teringat setiap kali aku tengok keindahan dunia ciptaan Allah SWT nie.. walaowey,memang x sangka,'coz saja2 ja aku tangkap,tapi ushar balik betol2,ad 'sesuatu' yg nak ditunjuk.. Subhanallah,tobat laa wehh.. hehe .. Diambil pada tahun 2010,bulan May.. Pic nie betul2 atas rumah atuk aku kat kampung,Balik Bukit Tasek,Simpang Ampat..

P/s : Banyak lagi Allah SWT nak tunjuk kat kita sebagai hambaNya,tapi,kita kan sibuk dengan dunia,hiburan & all the junks.. Betoi ark? Sendili pikey laa ...

Sunday, January 30, 2011

GB4B Seri Bukit : Perihatin



Keterangan gambar : Haa,nie sebahagian program yg dilaksanakan oleh geng2 Belia GB4B Seri Bukit . Program amal nie aku ceburi x sampai sebulan,tapi Alhamdulillah,apa yg kami lakukan setakat nie mendapat pujian ramai... Yg kat atas nie baru je ambil ; 29/01/2011 .. Semenjak aku MC nie,aku ambil inisiatif melibatkan diri dalam Belia nie ( Cess,ayat xleh tahan...) hahaha..

Monday, January 24, 2011

My Goddamn back!...

Assalamualaikum,Haha.. Lama gak la aku x menaip..  Cite nye pasal aku masuk wad baru2 nie,Keja wiring,besala,mau ganas.. Haha .. ganas la sangat,belakang aku lobam2,bahu terkehel,coz jatuh dari staging time nak pasang paip untuk wire,balik tu mengerang laa.. tula,padah akibat wat keja x berhati2.. Haha .. Dah seminggu xleh bangun,Alhamdulillah ,now,I'm back! .. Nasib memang baik,boss kasi MC ,lama jgn cakap laa.. haha ... Sekarang dah okey nie,xtau la nk start balik keja ke X..haha

P/s : Tu baru azab jatuh... Jeng3! ...


Urgghh!!

Thursday, January 20, 2011

My "Old Time"..

 "Old time" teachers..Haha...They are so great ,man.. hehe.. Still remembered them..
What the****...haha.. Still young lol... haha

Tuesday, January 11, 2011

Best SuperVillains

Uiiceeh..Tajuk cam best.. Kali nie,aku nak letak laa sikit info tentang watak2 gilo SuperJahat (Antagonis) dalam beberapa filem yang memang leh wat aku x boring. Pagi petang keja, balik malam xleh tido, bukak tv,tengok depa2 ni... Ni haa :

1 .Darth Vader mula muncul sebagai antagonis utama (watak jahat ) dalam Filem pertama Star Wars,yg pada mulanya merupakan protagonis ( watak baik ) utama dalam prequel seterusnya.. Darth Vader merupakan Anakin Skywalker,yg terpengaruh dengan 'lembah kegelapan'. Ayah kepada Luke & Leia Skywalker @ Leia Organa. Sanggup berkorban demi menyelamat anaknya,Luke,walaupun kejahatan dalam dirinya tetap ada. Aktor = Hayden Christensen


2. Joker merupakan penjahat Psikopat yang gemar ketawa atas kesengsaraan orang lain. Seorang penjahat yang pakar dalam muslihat dalam menjatuhkan semangat musuhnya,Batman.Mempunyai perwatakan badut selepas terjatuh ke dalam tangki kimia,sekaligus berubah rupa menjadi seorang Psikopat berambut hijau dan berwajah pucat.Joker atau Jack asalnya merupakan seorang penjenayah kelas bawahan dalam kumpulan mafia di Gotham City. Dicipta oleh Jerry Robinson dalam siri Batman. Aktor = Jack Nicholson/Heath Ledger
                          
                                    
3. Davy Jones,Kapten kapal Flying Ducthman (sebuah kapal Hantu )merupakan antara makhluk yang digeruni oleh para pelaut mahupun lanun2,yang berlegar-legar di pentas lautan untuk mencari jiwa-jiwa manusia demi melangsungkan pelayarannya bersama anak2 kapalnya.Tugas asalnya ialah membawa jiwa2 manusia yang telah mati ke atas kapalnya untuk mengikuti bersama pelayarannya. Tugasnya termeterai bersama Dewi laut,Calypso,serta jatuh cinta kepadanya. Dengan pertemuan selama sedekad hanya sekali untuk bertemu dengan kekasihnya,Calypso tidak muncul.Pengkhianatan tersebut telah membuatkan Davy Jones berasa marah dan mengeluarkan jantungnya yang di letakkan didalam Peti Orang Mati,dan melupakan tugasnya,sebaliknya membeli jiwa2 pelaut2 sebagai penipuan kematian.Watak Jahat ini mula muncul dalam Filem Pirates Of Carribean : Dead Man Chest. Aktor = Bill Nighy


4. The Octopus ; Gila,berbahaya,kejam hanyalah perkara kecil dalam dirinya. Musuh kepada superhero The Spirit serta dalam filem tajuk yang sama,The Octopus merupakan penjenayah yang sukar diramal oleh Spirit,tidak seperti musuh2 nya yang lain. Mempunyai kuasa misteri dalam mematahkan serangan pihak lawan,The octopus merupakan watak penjahat yang unggul dalam penampilannya yang berbeza. Juga digelar sebagai Mr. O. Aktor = Samuel L Jackson


5. Magneto,antara watak antagonis paling hit dalam siri Marvel Comics/Film,X-Men,yang memperihalkan "Dunia Mutan". Magneto; Max  Eisenhardt/ Erik Lanssher merupakan seorang mutan yang mempunyai kenangan silam yang sangat sadis ketika di waktu kecil. Digelar Magnus apabila kuasanya mula diketahui.  Berketurunan Yahudi-Jerman,Magnus atau Magneto menjadi antara mangsa yang ditindas oleh tentera Nazi. Mempunyai kebolehan memanipulasi besi sewaktu zaman kecilnya,Magneto menaruh dendam terhadap seluruh umat manusia biasa yang dianggap "lemah" serta tidak layak untuk mentadbir sesebuah kerajaan ,yang dianggap hanya untuk golongan tersebut. Mempunyai agenda tersendiri,Magneto menjadi pemimpin mutan2 yang berdendam terhadap manusia,dalam misi untuk menakluk dunia. Aktor = Ian Mckellen 

P/s : Nie baru sikit,banyak lagi,ada yang 18 SG punya watak,mafia la,org gilo la,yang memang gilo la katakan,nanti aku letak,ikut genre...maklumla,nama pun Jahat,cara 'kill' depa pun mesti jahat.. haha .. 


Kongsi : Lu Langsi,Lu Mati

Sinopsis : filem aksi/lawak,arahan Farid Kamil nie mengisahkan tentang penyiasatan ASP Shariff ( Fizzo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Geng2 kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak ( Shaheizy Sam) yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik... Dengo pun dah tawu,citer nie bakal dapat rating gilo tinggi.. Hak3... All the best..

Saturday, January 1, 2011

Kisah yg tak pernah kita terfikir

Patrick Boivin,aku sanjung betul dengan mamt ni,sbab,dia ni lah pelopor Video tentang life manusia,teknologi,fenomena masyarakat,& pemikiran tanpa luar batasan.. Tu la yg dia buat,nak menyedarkan kita & memberitahu dunia,apa yg dia fikir..... Tak 'caya? Nah,hasil karya beliau.....